Setelah semakin besar iaitu sekitar 2 tahun, anak anda lazimnya semakin kurang menyusu. Inilah masa yang sesuai untuk anda memberinya makanan seimbang. Kebiasaan rata-rata ibu mengadu anak-anak mereka susah untuk makan. Salah satu sebab mereka susah nak makan sebab habit kanak-kanak memang suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jadi, adakah kuantiti makanan yang diambil itu mencukupi?





Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara 1 hingga 6 tahun sangat mencabar. Namun, demi kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak ANDA makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa. Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.

Pastikan anak-anak anda mendapat sumber zat dan nutrien yang mencukupi yang terdiri daripada bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.

Bijirin Dan Ubi
Kumpulan makanan ini adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Antara makanan yang terkandung di dalamnya ialah mi, nasi, roti, pasta dan capati. Anak anda perlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari daripada kumpulan ini.

Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Sekurang-kurangnya 2 hidangan diperlukan oleh anak anda setiap hari.

Ikan, Ayam, Daging, Kekacang, Susu Dan Hasil Tenusu
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral. Sehari anak anda memerlukan 2 hidangan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Manakala untuk hasil tenusu, anak anda perlukan sebanyak 2 hingga 3 hidangan setiap hari.

Lemak, Minyak Dan Kumpulan Gula
Pastikan anda kurang memberi anak makanan yang berlemak, berminyak dan bergula.



Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
  • Bermasalah dengan gigi.
  • Bosan dengan makanan yang diberikan.
  • Terlalu banyak bermain.
  • Terlalu banyak makan fast foods & junk foods
  • Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
  • Tidak berselera untuk makan.
  • Sangat sensitif dengan sayuran.
  • Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan. 

15 Cara Galakkan Anak Makan :

1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. INGAT, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya supaya dia lebih berselera untuk makan.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.

14. Elakkan anak makan sambil menonton televisyen.15. Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
16. Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.


Makanan dan Peranan Ibu Bapa

+Jadi Contoh
Pastikan anda makan hanya makanan yang berkhasiat. Jika di rumah anda hanya ada makanan yang berkhasiat, anak tentu akan memilih yang mereka paling suka di antara makanan berkhasiat itu.

+Pilihan Menyelerakan
Berilah pilihan yang menyelerakan kepada anak. Bukan yang ala kadar sahaja. Jika kurang mahir memasak, belilah buku yang berkaitan dengan resipi untuk kanak-kanak dan belajarlah dari situ. Anak anda mesti suka mencuba menu baru anda.

+Persembahan Yang Menarik
Ketika menghidangkan makanan untuk anak anda, pastikan persembahannya menarik. Jangan main campur semuanya. Gabungkan warna-warna yang menarik dalam makan anak-anak. Persembahan makanan yang menarik bukan sahaja dapat memikat hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

+Bijak & Kreatif Menyediakan Hidangan
Jika anak anda tidak suka makan sayur-sayuran, ini tidaklah bermakna dia langsung tidak boleh makan makanan tersebut. Sebagai ibu bapa, anda mestilah berfikiran kreatif. Jika dia tidak suka makan lobak merah tetapi suka makan kek, apa kata anda buat kek lobak merah. Tapi, jangan beritahu dia yang anda mencampurkan lobak merah ke dalam kek tersebut. Anak anda pasti akan makan kek tersebut kerana dia tidak tahu kandungannya. Begitu jugalah jika dia tidak gemarkan sayur-sayuran lain. Buatlah sup krim daripada sayur-sayuran itu dan hidangkan bersama roti bawang putih. Tentu berselera anak anda makan menu yang baru itu.





Sebagai solusi berkesan, anda boleh juga memberikan supplemen atau vitamin untuk membantu dan menambahkan selera makan anak anda.

Dengan SET TAMBAH SELERA MAKAN ANAK dari SHAKLEE ini, selain menambahkan selera makan anak anda ianya juga dapat~




- Membantu perkembangan minda dan IQ anak
- Menguatkan sistem imun
- Menambah selera makan
- Membantu masalah sembelit
- Mengatasi masalah selalu selsema, demam dan ASMA
- Mengurangkan ekzema kpd kanak-kanak dan dewasa
 




Anda juga boleh mempelbagaikan pemakanan MEALSHAKES SHAKLEE ini mengikut selera anak anda seperti membuat ais krim dan sebagainya. SELAMAT MENCUBA!