Gout adalah sejenis penyakit akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout~
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Punca gout adalah disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh:
- Peningkatan pengeluaran asid urik oleh badan.
- Penyingkiran asid urik yang berlebihan oleh buah pinggang.
- Peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang dimetabolismakan kepada asid urik di dalam badan.
Daging tertentu, makanan laut, kacang kering, dan kacang adalah sangat tinggi kandungan purines. Alkohol juga boleh meningkatkan tahap asid urik dan mendakan serangan gout.
Apakah vitamin untuk merawat Gout?
Keberkesanan dalam merawat gout melibatkan beberapa faktor yang berbeza di samping mengurangkan keradangan sendi dan paras asid urik. Usaha untuk merawat gout juga bermakna anda berusaha untuk menggalakkan fungsi buah pinggang, fungsi sistem imun, serta mengurangkan pengekalan air.
ALFALFA: untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan, membantu mengawal keseimbangan asid / alkali di dalam badan. Ia tinggi kandungan protein dan mengandungi lapan enzim pencernaan. Ia juga membantu dalam mengatasi bengkak, sakit sendi, bengkak buku lali dan kaki. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
OMEGA: Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Dan sebagai tambahan, PERFORMANCE DRINK bagi memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik
Komplikasi~
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Rawatan~
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah sperti berikut untuk mengatasinya.
Elakkan Makan Sumber Makanan Yang Kaya Dengan Purin :
• Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin
# sumber internet
Berminat? PM/email saya sekarang ~fadzilahassan_09@yahoo.com
Konsultasi percuma dan guide terbaik
Tips-tips berguna & bermanfaat
Jadual pengambilan & cara pemakanan vitamin disediakan
No comments:
Post a Comment