Tuesday 15 July 2014

SET SENGGUGUT SHAKLEE

Assalamualaikum semua.. Ramadhan Kareem.. 

Macam mana puasa korang setakat ni?? Ada yg dah 'cuti' ke? :) Maklumlah kita 
org perempuan ni.. faham2 je lah..

Hari ni saya nk kongsi dengan korang produk shaklee untuk senggugut. Seksanya 
tgk adik2 yang diserang sakit ketika period. Berguling2.. menangis menahan 
kesakitan. Ada yang sampai ambil MC sebab tak boleh pergi keja..


Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang 
dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa 
kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu & sakit.




RAWAT SENGGUGUT/PMS DENGAN SHAKLEE


Dalam Shaklee 3 suplemen dicadangkan :


1. B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.


2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium) 
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex 
  • Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

Tuesday 1 July 2014

PROMOSI VIVIX SHAKLEE JULAI 2014

Alhamdulillah dah masuk bulan July 2014 dan sempena kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan ni, Shaklee menawarkan promo untuk VIVIX uolls!! 

Macam mana puasa korang setakat ni?? Elok sangat la Vivix promo bulan Ramadhan ni kan?? Keistimewaan beli time promo ni ape yang korang akan dapat?? Jom layan jap apa keistimewaan yang korang boleh dapat dengan harga promo Vivix bulan ni..



KEISTIMEWAAN BELI VIVIX PADA BULAN JULY 2014
  1. BELI 6 FREE 1
  2. FREE KEAHLIAN
  3. CASH REBATE SEHINGGA RM250++ 
Bestkan !!! Ape yang best tentang vivix yang dikenali sebagai tonik ajaib ni. Jom saya sharing kebaikan dan manfaat Vivix Shaklee untuk kita. 

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee


  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan
  • Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Sharing untuk korang dengan pengambilan Vivix Kulit jadi cantik 

Sure korang nak kulit cantik dan sihat???ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata mata nak kulit cantik berseri...ada juga yang sanggup ambil risiko dan menanggung kesan sampingan akibat rawatan suntikan/produk yang membahayakan...




Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk yang dah bergelar ibu dan yang sentiasa ingin cantik, vogue dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara dengan rapi. Bukan untuk siapa pun. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh je dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri. Walaupun hanya segelintir yg berlaku kita wajib untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan kesihatan diri kita.


Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori besar memang majoritinya akan melanda kita bila usia makin meningkat. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.


SET PECERAH KULIT


Ada jugak kawan2 saya yang cuba shaklee,tapi diorang cakap tak berkesan....
bila tanya berapa lama amalkan??? jawapan,baru sebulan, bila tak nampak hasil lagi terus stop...hmmmmm patut la tak berkesan...ni vitamin, bukan ubat magic @ suntik ke apa....terus makan dah nampak kesan.. Memang tak lah.. 

Nak cantik kena sabar,kena istiqamah,kena amalkan berterusan bukan berhenti separuh jalan...masa mula2 saya just amik esp+b.complex+vita c n alfalfa je,tu pun dah nampak hasil...memang kulit saya takde banyak masalah,cuma dulu kulit saya kusam, berminyak dan tak sekata...

Sekarang kulit saya makin licin,tak berminyak,makin berseri,pori mengecil dan susah nak terbakar panas...dulu pakai sunblock dua tiga lapis pun terbakar panas jugak...sekarang sapu nipis2 je...hehe...

Kalau kesannya agak lambat ,cuba check balik,minum air cukup tak???makan konsisten tak????dan yang paling penting,ada tak berdoa minta pada Allah????

Shaklee ni vitamin semulajadi,saya tak bimbang sebab memang takda kesan sampingan langsung...kalau kesan cepat,tapi ada kesan bahaya tak guna juga... 

Ada yang tanya saya makan banyak2 vitamin xde effect ke kat buah pinggang kalau makan dalam jangkamasa yang lama?? Nak makan apa2 vitamin kena faham konsep..kena mintak konsultasi yang betul..macam korang demam pegi beli ubat..mesti doktor or ahli farmasi akan terangkan cara pemakanan kan..macam tu la jugak cara pengambilan vitamin ni...So bagi korang yang dah penah beli and nak makan vitamin shaklee dengan cara yang betul sila rujuk SID masing2. Pembelian yang dibuat daripada saya..Insyaallah saya akan sediakan sedikit info dan konsultasi secara percuma selagi anda masih berusaha untuk menjaga kesihatan dan Anugerah Allah ni..


Berikut antara testimoni Vivix untuk korang. Jom layan jap.. :-









Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya seperti yang tertera :-

Email- fadzilahassan_09@yahoo.com
Like FB Page - Vitamin Cantik & Sihat Storage

Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-
♥ Jadual Makan Vitamin
♥ Konsultasi percuma berterusan
♥ Jemputan ke group Facebook Exclusive
♥ Peluang menjana income dengan Shaklee
♥ Jika anda berdaftar dibawah group bimbingan saya dan ingin menjadikan Shaklee sebagai Biz utama yang menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga. PM saya sekarang!! =)

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

VITAMIN CANTIK [KENAPA VITAMIN E SHAKLEE?]

 


400 IU Vitamin E dari sumber semulajadi.
10 mcg Selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV.

Vitamin E merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB.




KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT :-

  • Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten.
  • Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.

KENAPA GRAPE SEED OIL? 
  1. Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
  2. OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
  3. OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
  4. OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
  5. Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
  6. Sekaligus ia juga baik untuk AWET MUDA dan tentunya sangat baik untuk memelihara KECANTIKAN.
  7. Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
  8. Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

Jika anda memilih supplement Shaklee sebagai vitamin semulajadi harian, anda boleh mendapatkan khasiat biji anggur ini melalui SHAKLEE VITA-E COMPLEX - Vitamin semulajadi dgn Selenium dan Ekstrak Biji Anggur

Jom layan beberapa testimoni mereka yang berpuas hati dengan vitamin E shaklee ni ~