Thursday 29 May 2014

Q & A TENTANG COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Ramai yang PM/SMS bertanyakan tentang collagen powder SHAKLEE. Wah hot gitu  

Ramai yang dah cuba COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni..tak percaya? 



Shaklee Collagen Powder (SCP)

Ok balik pada tajuk, saya ringkaskan segala pertanyaan customer-customer tentang COLLAGEN SHAKLEE powder ni. Semoga ianya membantu menjawab segala kemusykilan tentang produk ini.

1. Apa kandungan collagen shaklee?
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil
4. Tahan berapa lama colalgen shaklee
5. Macam mana aturan makan colalgen shaklee
6. Berapa harga collagen shaklee
7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain?
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee?
11. Macam mana nak beli collagen shaklee?


Saya akan jawab satu persatu persoalan di atas. Teruskan pembacaan ya..





1. Apa kandungan SCP?

Kandungan utama SCP adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.


Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu ~






1) Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 

2) Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal, 

3) Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 

4) Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, 

5) Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. 

6) Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.





2. Apa istimewanya SCP?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk SCP? (Serbuk ke pil)

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg.



4. Tahan berapa lama SCP?

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).




5. Macam mana aturan makan SCP?

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran anda. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. 


Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah:

- jus twister tropicana + collagen
- Milo/serbuk minuman Coklat +collagen
- any fruit juice + collagen


P/s - Harus diingatkan, JANGAN minum collagen dgn mana-mana minuman berkafein sebab nanti kebaikan collagen tersebut akan hilang oleh kafein yg ada dlm minuman tu.. 

6. Berapa harga SCP? 

Harga runcit RM298.

Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.



7. Siapa yang sesuai ambil SCP?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:


Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.


# Gusi yang tidak sihat


# Rambut kering dan bercabang di hujung


# Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering


# Garis halus pada leher


# Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.


# Payudara dan punggung kelenturan


# Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.


# Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan



8. Macam mana rasa SCP?


Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba.

9. Boleh tak SCP diambil bersama produk lain?


Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.



10. Ibu menyusu boleh ambil SCP tak?

Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna SCP juga insyaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut2 jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.


Berikut adalah testimoni2 mereka yg berpuas hati dengan collagen shaklee~











Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?



Berminat??

Like FB Page saya~ Vitamin Cantik dan Sihat Storage
email~ fadzilahassan_09@yahoo.com

Konsultasi percuma untuk pelanggan saya shj
Guide berterusan diberikan untuk anda

SET MATA RABUN [CAROTOMAX SHAKLEE]

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik ~

* Alfa-karotena
* Astaxanthin
* Beta-karotena
* Lutein
* Likopena
* Zeaxanthin




CAROTOMAX merupakan campuran luar biasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.



CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk: 

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. 


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Manfaat Utama Carotomax:


LEBIH SELAMAT DARI VITAMIN A 

Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu VITAMIN A. Tetapi pengambilan berlebihan VITAMIN A akan menyebabkan TOKSISITI.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pd thn 1932,merupakan  satu prekursor Vitamin A dan Beta karotena didapati selamat utk pengambilan. 


MEREDAKAN PENYAKIT KULIT


Dengan pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti PSORIASIS, SENILE PLAQUE,KULIT KERING,JERAWAT.Penggunaan luaran juga merawat PUSTULE, SCABIES, AKNE, ULSER KULIT. 


MEMPERTINGKATKAN PENGLIHATAN


Ia menghasilkan "Unggu Visual" yg membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.Ia memperbaiki masalah penglihatan seperti NYCTALOPIA ( Rabun Malam) , Rabun Dekat, Presbyopic, Astigmatism, Xerophthalmia ( Mata kering) , Kelesuan Mata, Glaucoma, Katarak, Floaters, Eye bags dan Gegelung Hitam dimata. 


MELAWAN KANSER & OKSIDASI  


Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan & menyekat aktiviti bahan kanser & menghalang pembentukan sel-sel KANSER. Ini akan mengurangkan risiko KANSER.Terutama KANSER Paru-Paru & Payudara.Ia juga mengurangkan radikal bebas & menyikirkan sel-sel mati yg teroksida. 


MENGHALANG INFEKSI


Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat & mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiration Paru-Paru,Batuk,Hepatitis,Asthma Flu,dan selsema. 


MELINDUNGI EPITHELIAL


Memelihara lapisan luar Kornea, Rongga Oral, Usus, Perut, Paru-Paru, Bronkus, Pundi Kencing, Ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus. 

MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN NORMAL & SIHAT

Merangsang perkembangan kanak-kanak / remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mulls, gigi sihat gusi dan sistem reproduksi.Juga menghasilkan sperma yg sihat.





Jom layan beberapa testimoni customer yg dah consume CAROTOMAX ni~






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk tempahan produk:

Like FB Page - Vitamin Cantik dan Sihat Storage
Email: fadzilahassan_09@yahoo.com 

Konsultasi percuma dan guide pengambilan vitamin diberikan
khas untuk pelanggan saya

Wednesday 28 May 2014

BEZA ANTARA ESP, MEAL SHAKES DAN CINCH

Meal shakes, ESP dan Cinch Shake adalah produk Shaklee yang paling diminati. Ianya antara hot item kegemaran ramai... 

Ramai juga yang tertanya-tanya apa perbezaan antara Meal Shakes, ESP dan Cinch ni..

Di bawah adalah senarai perbezaan antara Meal Shakes, Energizing Soy Protein dan Cinch Shake.



Q: Apakah perbezaan di antara ESP, Meal Shakes dan Cinch Shake?



A: Secara umumnya ketiga-tiganya adalah protein, tetapi Mealshake lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi mineral dan vitamin untuk meningkatkan kesihatan dan selera kanak-kanak. Mealshake juga boleh diminum sebagai sarapan segera. Saya tambahkan Mealshake ke dalam ESP untuk rasa yang lebih enak.

ESP pula adalah energizing soy protein. Ia mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino, ini termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk sintesis protein. ESP adalah rendah lemak secara semulajadinya. Ia juga tanpa kolestrol dan tanpa laktos. 

ESP membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama, jadi secara automatik kita akan kurang makan. Jadi anda boleh juga mengambil ESP sebagai ganti hidangan utama anda untuk pengurusan berat badan (maksium 3x sehari, 1 sudu besar setiap kali). ESP ada 1 perasa sahaja, vanilla.

Cinch pula adalah protein soya, tetapi ia mengandungi Leucine, ia membantu anda untuk mengurangkan lemak tetapi mengekalkan muscle anda. Protein dalam Cinch bagi setiap hidangan adalah lebih berbanding ESP. Cinch ada 3 perisa: Latte, Chocolate dan Vanilla. Cinch juga mengandungi fiber tinggi yang membantu untuk kurus. Cinch juga boleh diambil sebagai gantian menu makanan anda.

Ada testimoni mengatakan ESP masih membuatkannya lapar, tetapi Cinch lebih sesuai untuknya disebabkan Cinch memberikan tenaga lebih lama dan mengenyangkan dalam tempoh lebih lama. Jadi, kesimpulannya, kalau nak diet, lebih baik ambil Cinch Shake daripada ESP.. 

Mealshakes sesuai untuk semua. Kanak-kanak (1 tahun ke atas), dewasa, ibu menyusu, orang yang tiada selera makan, orang tua. Indeks Glisemik (IG) bagi Meal Shakes agak tinggi iaitu 44.

Manakala, ESP sesuai untuk dewasa lelaki dan perempuan, wanita hamil, menyusu dan warga tua. Indeks Glisemiknya adalah 39 (agak rendah).






Q: Berapakah harga ketiga-tiganya?

A: Harga pasaran ketiga-tiganya adalah seperti berikut:

Mealshakes  - RM113
ESP               - RM150 
Cinch Shake - RM173


Nak harga lebih murah? 

Anda boleh dapatkan harga yang lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee. Dengan harga pendaftaran keahlian serendah RM75 sahaja untuk seumur hidup anda bukan sahaja menikmati harga ahli untuk semua produk, bahkan mendapat rebet dengan setiap pembelian dan lain-lain keistimewaan sebagai ahli (tertakluk kepada terma dan syarat).

Nak order?? PM/email saya sekarang ~ fadzilahassan_09@yahoo.com

Like FB Page- Vitamin Cantik dan Sihat Storage

Konsultasi percuma dan guide berterusan
Tips-tips berguna untuk anda
Jadual pemakanan & cara pengambilan vitamin juga disediakan

Tuesday 27 May 2014

SET CYST DAN FIBROID SHAKLEE

GLA COMPLEX UNTUK MASALAH CYST & FIBROID

Apakah punca berlakunya cyst & fibroid?


Punca berlakunya pertumbuhan cyst & fibroid ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Pertumbuhan luar biasa ini berlaku pada sel di dalam rahim wanita dan adakalanya tumbuh di dalam ovari. Oleh itu pengambilan supplemen amatlah digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan.

GLA Complex adalah vitamin yang sangat digalakkan bagi pencegahan masalah cyst & fibroid ini. Ia bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat juga membantu menghilangkan dan merawat masalah cyst & fibroid ini. Tapi jangan salah faham pula ye.. GLA Complex hanya membantu..rawatan terperinci dari doktor pakar juga amatlah disarankan bagi merawat dan mencegah masalah cyst & fibroid. GLA hanyalah supplemen sebagai usaha untuk mencegah dan merawat penyakit ini.

Kenapa GLA Complex?




Ini adalah kerana GLA Complex Shaklee merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ianya mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kebanyakan GLA tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), mesti ramai wanita sudah biasa dengar EPO. Tapi apa keistimewaan GLA Shaklee berbanding EPO lain. Ini adalah kerana GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.




Jadi, kaum wanita semua lengkapi diet harian anda bagi menjauhi penyakit yang ditakuti oleh kita semua dengan mengamalkan GLA Complex. Bukan itu sahaja, GLA Complex juga menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Sebagai bonus, kulit kita pun jadi cantik dan halus.

Ok, di sini ada sebahagian testimoni pesakit-pesakit cyst & fibroid berkongsi pengalaman mereka dengan mengamalkan GLA Complex untuk bantu merawat masalah cyst dan fibroid ini.


1. Testimoni ~











Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


Nak order?? Dapatkan dari saya, SID anda [1081299]

Jom order dgn PM FB Page - Vitamin Cantik & Sihat Storage

Email : fadzilahassan_09@ yahoo.com

Konsultasi percuma dan jadual pengambilan vitamin 
yang betul untuk customer saya sahaja


Thursday 22 May 2014

PENDARAHAN PADA AWAL KEHAMILAN [VITAMIN UNTUK IBU HAMIL]

Menurut kajian, satu perempat dari wanita mengandung (hamil) mengalami pendarahan di awal kehamilan.

Jika yang keluar adalah berwarna merah kepada coklat yang berbeza dari haid, ia adalah pendarahan ringan atau dipanggil spotting.

Spotting berlaku pada trimester yang pertama.





Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan


  1. Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil
  2. Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawal atur dengan baik.
  3. Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.
  4. Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.
  5. Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu- ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.
  6. Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.
  7. Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj
  8. Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan

Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).

  1. Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 
  2. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.
  3. Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.


Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?


Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.


Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan saya dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.

Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim



Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?

Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesterone yang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.

Bagi yang mengalami masalah spotting ini, lazimnya doktor akan memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 

Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.

Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.



Yang penting, pertama sekali, dapatkan konsultasi daripada doktor anda dahulu jika anda mengalami apa-apa komplikasi semasa kehamilan. 


Ubat kuat rahim, keguguran
Duphaston ubat kuat rahim


Supplement yang membantu menguatkan rahim


Semasa mengalami spotting di awal kehamilan Amni, saya telah cuba mengkaji supplement yang sesuai untuk membantu menguatkan rahim saya ini.  

Saya telah mencuba ESP (Energising Soy Protein Shaklee) kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi, yang memberi nutrisi penuh kepada sel (kerana sel asalnya dari protein) supaya sel-sel badan saya sihat dan kuat.

Jadi, sel-sel rahim yang terbina ini akan sihat dan kuat untuk menampung proses penempelan janin pada dinding rahim saya.


Supplement Penting Semasa Kehamilan




Tahukah anda bahawa, jika anda stress, hormon progesterone untuk menebalkan dan menguatkan dinding rahim berkurang?

1) Jadi, untuk menstabilkan emosi, saya juga mengambil B kompleksiaitu supplement penenang yang paling selamat agar saya tidak stress. Selain itu, b kompleks Shaklee yang semulajadi ini didatangkan khas bersama asid folik yang membantu fetus untuk berkembang dengan sempurna.


Sudah menjadi satu keinginan kita untuk mendapatkan anak yang sihat dan sempurna bukan? 


Oleh itu, ambillah b kompleks bersama-sama dengan asid folik ini supaya saraf-saraf bayi kita dan pertumbuhannya mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.

B kompleks juga membantu memberikan tenaga tambahan kepada kita, terutamanya ibu mengandung yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Jadi, untuk kuat dan bertenaga, saya ambil b kompleks ini dan juga ESP supaya saya sentiasa cergas sepanjang kehamilan.



2) Ostematrix juga penting untuk menyumbangkan kalsium kepada pembinaan tulang bayi dan juga kepada sistem saraf yang sempurna. 

Tahukah anda bahawa progesterone yang tinggi diperlukan untuk sel-sel tulang (osteoblast) membina tulang? 

Jadi, jika kita kekurangan progesterone, kuranglah kalsium untuk membina tulang dan proses pembentukan tulang baru untuk fetus terjejas. Oleh itu, kita bantu anak yang dikandung ini untuk membentuk tulang-tulang yang sempurna supaya proses pembesarannya juga tidak terganggu.

Fetus akan menyerap kalsium daripada ibu, jadi, jika kita juga kekurangan kalsium, masalah rambut gugur, gigi longgar dan mungkin tercabut, sakit kaki, sakit pinggang akan terjadi kepada ibu mengandung ataupun selepas berpantang kemudian hari.


3) Vitamin C Sustained Release juga saya ambil untuk imuniti badan saya sendiri. disebabkan kita keletihan, kurang bermaya, jadi ini juga menjadi faktor kepada kurangnya imuniti badan.

Tambahan pula cuaca dan jangkitan memudahkan lagi ibu mengandung mendapat jangkitan yang sama, jadi saya ambil langkah untuk menguatkan ketahanan badan saya dengan vitamin C ini.


4) Vitalea sangat penting untuk pembekalan sumber mineral dan vitamin-vitamin lain untuk keperluan badan saya, ibu mengandung dan juga bayi yang kita kandungkan.

Masalah hemoglobin rendah (hb) dapat diatasi dengan mengambil 2 biji Vitalea yang mengandungi iron ini. Iron penting untuk peningkatan oksigen di dalam darah. Tidak semua multivitamin di pasaran mengandungi iron, jadi, memang menjadi kelebihan Vitalea yang mengandungi iron membantu meningkatkan semula bilangan hemoglovin di dalam darah kita.


5) Bermula dari trimester kedua, saya mengambil Omega Guard untuk pembekalan DHA untuk anak yang saya kandungkan ini. 

Berat badan ibu mengandung juga tidak naik dengan sangat ketara dengan pengambilan omega yang membantu menstabilkan hormon leptin (iaitu nafsu makan) di dalam badan.

Saya sangat berpuas hati dengan perbezaan berat badan antara anak pertama dengan anak kedua saya ini kerana untuk anak sulung saya, badan saya naik sehingga 20 kg lebih! namun begitu, untuk anak kedua, saya dapat mengimbangkan berat badan yang bertambah, kurang dari 20 kg.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang bermasalah mendapat kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, bagus mengambil omega ini untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.



Semoga dengan perkongsian saya hari ini, dapat memberi idea dan membantu ibu-ibu di luar sana bertindak dengan cepat hasil dari pembacaan ini. Jika anda mengalami masalah pendarahan semasa mengandung, segeralah berjumpa dengan doktor dan banyakkan berehat.

Berdoalah kepada Allah untuk keselamatan dan segala yang dihajatkan semoga Allah mempermudahkan kehamilan ini sehingga sembilan bulan dan melancarkan urusan bersalin nanti.






Yang penting, jagalah emosi supaya sentiasa stabil dan anda akan mencetuskan emosi yang bahagia kepada bayi yang anda kandungkan tersebut. Bayangkan nanti, anak yang lahir itu suka marah-marah, stress dan banyak meragam, fikirkan, adakah ia refleks kepada ragam anda sendiri sewaktu mengandungkannya?

Demi anak tercinta, jagalah tutur kata, jagalah emosi, jagalah hati, jagalah keperibadian. Semoga anak yang bakal dilahirkan itu adalah golongan soleh dan solehah yang menyejukkan jiwa.

Bergembiralah selalu, kuatkan diri dan semangat supaya semuanya boleh disalurkan kepada anak tercinta.


Semoga ibu-ibu di luar sana memberikan segala yang terbaik buat si manja demi masa depan mereka!


Jika berminat mendapatkan supplement semulajadi untuk diamalkan sepanjang kehamilan, hubungi saya sekarang ~


PM/email -fadzilahassan_09@yahoo.com
Like FB Page - Vitamin Cantik dan Sihat Storage

Konsultasi percuma & guide berterusan untuk anda
Jadual pengambilan vitamin diberi percuma